SELAMAT DATANG KE HOMESTAY ALAI




BERALAMAT DI 763-2, BATU 4 3/4 LORONG SENTOSA 4,
KAMPUNG ALAI, 75460 MELAKA.


CONTACT NO : EN ZAINAL (016-6631960) @ CIK HIDAYU (013-6524963)


1) MENYEDIAKAN TEMPAHAN UNTUK PENGINAPAN HOMESTAY (SERAMAI 35-40 ORANG).

2) TURUT MENGAMBIL TEMPAHAN UNTUK MAKAN (SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAHARI SERTA MALAM)

3) PENYEWAAN TAPAK UNTUK MAJLIS PERKHAWINAN (KHEMAH, KATERING dll) SERTA UNTUK AKTIVITI SAMBUTAN HARI KELUARGA.























Monday, January 10, 2011

Alai homestay telah menerima kehadiran "tetamu istimewa" pada 25 April 2009. Rombongan pelajar pendidikan khas dari Sek. keb Sultan Yusuf, Batu Gajah Perak telah sudi memilih Alai Homestay sebagai tempat penginapan dalam rangka lawatan ke Melaka. Pelajar Istimewa dari kelas pendidikan khas ini adalah telah selamt tiba ke Alai Homestay pada 24 April 2009.
Berikutan dengan kedatangan tetamu istimewa dari Perak ini, pihak Alai homestay telah berusaha mendapatkan penajaan dalam bentuk sumbangan peribadi dan cenderahti daripada pihak ADUN Teluk Mas, Tourism Melaka dan Pejabat Daerah. Pada sebelah malam, Pegawai Daerah Melaka Tengah telah meluangkan masa bersama-sama kami dan anak-anak istimewa ini untuk makan malam dan penyampaian cenderahati. Turut hadir adalah wakil pihak ADUN Teluk Mas, YB Datuk Dr Abd Latiff Thamby Chik, pegawai-pegawai Tourism Melaka dan ahli JKKK Kg Alai.
Pada hari terakhir iaitu 25 April 2009, YB ADUN Teluk Mas, Datuk Dr Abd Latif sendiri telah sudi meluangkan masa untuk bertemu sendiri dengan tetamu istimewa ini. Di kesempatan itu juga, YB telah memberikan kata-kata semangat kepada Guru-guru dan pelajar istimewa disamping menyerahkan sumbangan peribadi berbentuk wang tunai kepada pihak sekolah.
Pihak kami amat berbesar hati atas ketibaan tetamu istimewa ini yang ternyata memberi banyak keistimewaan kepada Alai Homestay sendiri







No comments:

Post a Comment